Saturday, September 15, 2012

SAMBUTAN RAYA 2012


Sambutan raya JKKK Sg Ramal Luar pada tahun ini disambut bersama Masjid Sg Ramal Luar dan IKRAM Kajang. Program ini berlangsung pada 15/09/2012 hari Sabtu bertempat di perkarangan Masjid Sg Ramal Luar. Atas kerjasama AJK JKKK Sg Ramal Luar, AJK Masjid Sg Ramal Luar dan AJK IKRAM Kajang menyediakan makanan secara gotong royong bermula seawal malam Sabtu lagi maka majlis tersebut berjalan dengan lancar. Orang ramai mula sampai ke majlis tersebut bermula jam 11.30 pagi lagi dan berkurangan selepas waktu Asar. Disepanjang majlis tersebut berlangsung, beberapa aktiviti lain juga diadakan seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, pemeriksaan Darus'syifak, pameran palestine oleh Aqsa Sharif dan kuiz untuk kanak-kanak. Majlis tersebut juga di hadiri oleh ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan MP Serdang Teo Nie Ching. Pihak JKKK Sg Ramal Luar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2012.

Untuk lihat gambar keseluruhan sila click di sini  http://www.facebook.com/media/set/?set=a.329232453838602.74587.328242540604260&type=1

No comments: