Wednesday, September 5, 2012

Banjir Kampung Paya

Hujan lebat yang turun pada petang Selasa (04/09/2012) di kawasan Kajang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di bawah JKKK Sg Ramal Luar. Paling teruk terjejas adalah Kampung Paya di mana ianya melibatkan lebih 60 buah rumah yang terjejas. Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Sg Ramal Luar, Tn Hj Mohd Yusoff Abdul Kadir mendapat maklumat dan berada di kawasan banjir dari mula hingga lewat malam. Beliau membuat panggilan kepada ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar dimana sama-sama turun kekawasan tersebut dengan memberikan sedikit bantuan berbentuk makanan di setiap rumah yang terjejas. AJK JKKK Sg Ramal Luar dan AJK Masjid Sg Ramal Luar juga turut serta memberikan bantuan sedaya yang mungkin bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir tersebut.
Difahamkan air banjir di sini datangnya dari kawasan UPM dan Balakong melalui Sungai Ramal bagi menuju ke Sungai Langat. Banjir di sini antaranya disebabkan tanah Kampong Paya ini rendah sama tinggi dengan aras sungai. Jadi bila aras sungai naik, maka larian air terhenti, bahkan menolak air masuk ke kawasan kampung. Sebab itu air di kawasan perumahan Kampong Paya, kelihatan tidak mengalir ke sungai, ditambah dengan setengahnya membina pagar konkrit. Di samping itu perparitan di sini bersifat bottleneck yang seharusnya diperluas dan diperdalamkan.

Gambar-gambar boleh dilihat melalui link di bawah

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.328961210532393.74509.328242540604260&type=1

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=489963591014649&set=a.489963017681373.118744.100000030372738&type=1&theater



No comments: