Thursday, November 15, 2012

PROGRAM KHATAN 2012



Programa Khatan adalah program tahunan JKKK Sg Ramal Luar dengan kerjasama Masjid Sg Ramal Luar yang diadakan pada 15/11/2012 bersamaan 1 Muharam 1434, hari Khamis. Jumlah perserta pada tahun ini adalah seramai 23 orang. Seperti kebiasaan nya majlis ini dihadiri oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar yang memberikan sedikit sumbangan kepada setiap peserta.

Peserta mula di arak di sepanjang perkarangan masjid bermula jam 08.00 pagi dan kemudiannya di mandikan beramai-ramai. Doktor dan kakitangan Hospital Pakar Kampung Baru sampai bagi menjalankan tugasnya lebih kurang jam 08.30 pagi dan memberikan taklimat ringkas kepada ibu/bapa dan penjaga setiap peserta.

Untuk melihat gambar di sepanjang program tersebut berlangsung sila klik di   Gambar Khatan 2012