Saturday, November 27, 2010

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI


JKKK Sg Ramal Luar atas inisiatif Biro Sosial dengan kerjasama Masjid Hj Mat Saman telah berjaya mengadakan majlis khatan beramai-ramai pada 20/11/2010 hari Sabtu di Masjid Hj Mat Saman. Seramai 26 orang kanak-kanak yang berdaftar dan telah dikhatankan pada hari tersebut. Pihak JKKK telah mendapatkan khidmat daripada pegawai perubatan Hospital Pakar Islam Kampung Baru...
Majlis tersebut bermula pada malam Sabtu selepas Isyak dengan mengadakan doa selamat untuk anak-anak yang bakal dikhatankan. Manakala pada pagi Sabtu majlis dimulakan dengan perarakan oleh anak-anak dan ibu bapa peserta bermula dari pintu pagar masjid diiringi selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w
Para peserta dikumpulkan di satu tempat dan di mandikan dengan pancutan air. ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar menghadiri bagi sama-sama menjayakan majlis tersebut dan memberikan sedikit sumbangan kepada semua perserta. Majlis tersebut telah tamat lebih kurang jam 12.20 tengahari. Syabas diucapkan kepada biro sosial JKKK Sg Ramal Luar kerana berjaya mengadakan program tersebut.

KURSUS KOMPUTER

JKK Sg Ramal Luar menganjurkan kusrsus ICT pada 13/10/2010. Kursus tersebut diadakan di X-Game Net Siber Cafe di Taman Sri Kenari. Pihak JKKK Sg Ramal Luar mendapatkan khidmat tenaga pengajar daripada AJK JKKK yang berpengetahuan dalam bidang IT. Rata-rata yang menghadiri kursus tersebut dikalangan penduduk yang tidak mempunyai pengetahuan asas komputer.

Thursday, October 14, 2010

RUANGAN MESEJ

Pihak JKKK Sg Ramal terpaksa mengeluarkan ruangan "MESEJ" yang di sediakan bagi kemudahan penduduk untuk melontarkan cadangan / permasaalahan. Ini kerana ia nya di salah guna oleh pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab melepaskan geram dan melontarkan kata-kata yang kurang senang malah sengaja cuba memprovokasi penduduk lain.

Pihak JKKK Sg Ramal Luar memohon maaf di atas perkara ini. Segala cadangan / teguran / permasaalahan perlulah di buat secara berhemah dengan berjumpa terus Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar sebagai ketua kampung yang berpejabat di Balai Raya Sungai Ramal Luar.

Terima kasih.

Tuesday, July 27, 2010

SEMINAR AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR

Seminar Amal makruf Nahi Mungkar diadakan pada 24.7.2010

Penceramah : Ustaz Mohd Fouzi Mokhtar
Penolong Penasihat Undang-undang (Syariah) Negeri Selangor

Penyertann : JKKK , AJK Masjid dan Wakil Dari surau bawah masjid Hj. Mat Saman

Penyertaan : 25 perserta.

Masa : 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Tujuaan :

1. Memahami undang2 dlm mana kuasa yg ada pada semua petugas dan procedure s.o.p bagaimana penangkapan dan serbuan patut dibuat

2. Untuk memberi /menambah ilmu yng berkaitan dengan cara-cara menangani masalah sosial terutamanay berkalwat /sumbang mahram.

3. sebagai latihan untuk membentuk pasukan pencegahan Maksiat di kawasan berdekatan (spt.Taman kenari /taman Ramal/sg ramal luar/baru).

4. Menambahkan ilmu berkaitan dengan kaedah-kaedah dan undang-undang berkaitan.

5. Menarik minat kerja berkumpulan diantara pihak JKKK dan Masjid serta ahli kariahnya.

6. Bersama untuk membendung masalah di seluruh kawasan di bawah seliaan Masjid Hj Mat Saman

7. Penyusunan kerja yang teratur untuk membentuk pasukan dan kumpulan yang mantap.

Insya Allah pihak Masjid Hj Mat Saman akan buat satu lagi taklimat yg bersifat "practical" bagaimana untuk membuat sesuatu serbuan.

sebagai permulaan, pihak masjid sudah me war-warkan dalam digital board ayat seperti dibawah :-
"CEGAH MAKSIAT SEBELUM MELARAT"

LAPORKAN AKTIVITI MAKSIAT DI SEKELILING ANDA KEPADA UNIT PENCEGAH MAKSIAT MJHMS
012-2897031 & 019-9155578

Sunday, June 20, 2010

FUN WITH ENGLISH

"Fun With English" adalah program anjuran PAKSI (Pusat Pemantapan Akademik & Sakhsiyyah Islam) dengan kerjasama ADUN Bangi, JKKK Sg Ramal Luar dan Masjid Hj Mat Saman berlansung pada 19/06/2010 di Sekolah Rendah Agama Rahmaniah, Sg Ramal Baru.


Program ini diadakan atas kesedaran bersama bahawa pentingnya penggunaan bahasa Inggeris untuk menjadikan pelajar yang berdaya saing. Program ini dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar, Tn Hj Mohd Yusof Abd Kadir.


Rata-rata pelajar yang hadir mengikuti program ini menunjukan kepuasan dan gembira dengan pembelajaran yang diterima di mana bersesuaian dengan tajuk program ini "FUN WITH ENGLISH.


ADUN Bangi, Dr Hj Shafie Abu Bakar meluangkan masa bagi memyempurnakan upacara penutup majlis ini.

Monday, May 24, 2010

TIGA PROGRAM SERENTAK BERLANSUNG DI TAMAN SRI KENARI - AHAD 23/05/2010


Pelancaran bas mini berlansung di perhentian bas Taman Sri Kenari yang di rasmikan oleh ADUN Bangi, YB Dr Hj Shafie Abu Bakar. Atas inisiatif dan usaha Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar merangkap Ketua Kampung, maka penduduk di sekitar Sungai Ramal Luar, Taman Ramal, Sungai Ramal Baru dan Taman Sri Kenari tidak lagi perlu bersusah payah untuk menunggu bas di tepi lebuh raya sekiranya ingin ke Bandar Kajang. Rata-rata penduduk yang hadir mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih di atas kemudahan yang di usahakan oleh pihak JKKK Sg Ramal Luar.


Dalam masa yang sama juga pihak JKKK Sg Ramal Luar terlibat dengan program gotong royong yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Sri Kenari. Program tersebut bermula pada pukul 08.30 pagi.
Manakala Sukaneka yang dianjurka oleh Badan Pengurusan Bersama Pansapuri Taman Sri Kenari bemula pada pukul 09.00 pagi. Kedua-dua program ini dirasmikan oleh En Narayanan selaku wakil Majlis Perbandaran Kajang.


Perancangan awal dan susunan gerak kerja yang di ketuai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Kenari Dr Azman Hamzah untuk program gotong royong dan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Taman Sri Kenari En Fauzi, maka kedua-dua program tersebut berjalan dengan begitu lancar tanpa ada gangguan dan perkara yang tidak diingini.
Tahniah dan syabas daripada pihak JKKK Sg Ramal Luar untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Saturday, May 15, 2010

MAJLIS ANUGERAH KASIH


Majlis anugerah kasih sempena program Hari Ibu dan Derma Darah yang di anjurkan oleh RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN dengan kerjasama JKKK Sg Ramal Luar yang di rasmikan oleh YB Dr Hj Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Turut serta dalam majlis tersebut adalah orang yang tidak asing lagi di seluruh kawasan Hulu Langat, beliau adalah Dato Ujang Bagong.

Barisan JKKK Sg Ramal Luar terasa tersentuh dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Rumah Pengasih, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri dimana rumah pengasih tersebut di bina atas sebuah tanah dan rumah seluas suku ekar yang di wakafkan oleh beliau sendiri. Beliau juga turut mewakafkan wang simpanan dan dua buah minimarket.

Rumah Pengasih Warga Perihatin ini di bina hasil kerja tangan secara gotong royong oleh pendokong-pendokongnya sendiri pada setiap hujung minggu dan cuti umum. Pembinaan dan dana pengurusan adalah menggunakan dana yang sangat terhad yang dikumpul hasil sumbangan bulanan oleh kira-kira 12 dari 20 keluarga yang berkemampuan, manakala selebihnya seramai 8 orang menyumbang tenaga..

Selain menyediakan tempat perlindungan dan pendidikan untuk anak yatim, warga emas, OKU, dan fakir miskin, rumah pengasih ini juga melaksanakan usaha pemulihan akhlak dan penagihan dadah untuk golongan anak-anak yang bermasalah.

Kami selaku barisan JKKK Sg Ramal Luar sangat terharu dan cukup kagum dengan pengorbanan dan keikhlasan pendokong-pendokonya dalam mempastikan Rumah Pengasih Warga Perihatin ini berfungsi dan mencapai matlamat untuk megembalikan segala yang rosak kepada fitrahnya

Saturday, May 8, 2010

PERKHIDMATAN BAS MINI

Perkhidmatan bas mini ke bandar Kajang akan di lancarkan tidak lama lagi. Atas usaha Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar, Tn Hj Mohd Yusoff bin Hj Abd Kadir syarikat bas mini berkenaan telah pun bersetuju untuk masuk ke kawasan Sg Ramal Luar. Laluan yang di persetujui meliputi kawasan Sg Ramal Luar, Taman Ramal, Sg Ramal Baru dan Taman Sri Kenari. Nantikan hari perasmian nya tidak lama lagi...............

Thursday, February 18, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


Program Khidmat Masyarakat Anjuran UNICOMMSERV Pusat Pengajian Islam & Peradaban UNITEN bersama JKKK Sg Ramal Luar.


Tarikh : 20 Februari 2010

Tempat : Melibatkan seluruh kawasan di bawah kawalan JKKK Sg Ramal Luar (Pusat Aktiviti di Tamal Ramal)

Aktiviti : Gotong Royong

Kenduri Kampung

Sekampit Beras / Baiti Jannati

Sukaneka.

Jumlah Pelajar : 540 orang



JKKK Sg Ramal Luar mengharapkan seluruh penduduk memberikan kerjasama kepada pelajar-pelajar yang akan bergerak menjalankan gotong royong di seluruh kawasan Sg Ramal.

Wednesday, January 13, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT




PROGRAM PEMBUKAAN SEMULA BALAIRAYA SG RAMAL LUAR YB BERSAMA RAKYAT

TARIKH: 6 FEBRUARY 2010
HARI: SABTU
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BALAIRAYA SG RAMAL LUAR KAJANG

TETAMU KEHORMAT:

Y.B DR SHAFIE ABU BAKAR ADUN BANGI

TUAN MOHD YUSOF BACHIK AHLI MAJLIS MPKJ ZON 21

"SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR"

Tuesday, January 12, 2010

Kekuatan Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?" Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?" Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Z Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah" . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Z Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Z RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya ".
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :
Z "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". Z "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ". Z "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ". Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at , misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :
SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU ! 1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat. 2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan. Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat. 3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat. 4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat. 5. Tempatkan pendingin air di tempat awam. Place a water cooler in a public place.6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. Share constructive reading material with someone. 7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid . Participate in the building of a mosque. 8. Edarkan CD Quran atau Do'a. Share a dua or Quran CD. 9. Bantulah pendidikan seorang anak. Help in educating a child. 10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment. Jadilah dai "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk" .
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat". Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita. - Hj Azhar

Friday, January 8, 2010

LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN TANAH SG RAMAL BARU

Dimaklumkan kepada seluruh penduduk Sungai Ramal Baru bahawa borang untuk melanjutkan pajakan tanah bagi Kampung Sg Ramal Baru masih lagi di di buka dan tarikh akhir penghantaran melalui pengerusi JKKK (Ketua Kampung) adalah pada 18/01/2010.

Untuk makluman, tarikh tamat tempoh pajakan tanah Sg Ramal Baru yang paling awal adalah pada tahun 2016.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
  • Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar (Ketua Kampung) : 012 9166988
  • Setiausaha JKKK Sg Ramal Luar : 012 3212125

Thursday, January 7, 2010

MAKLUMAT UNTUK SELURUH PENDUDUK DI BAWAH JKKK SG RAMAL LUAR

Dimaklumkan bahawa penduduk di bawah JKKK Sg Ramal Luar yang berkelayakan layak memohon perkara-perkara di bawah, sila dapatkan borang permohonan daripada Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar (Ketua Kampung), Tn Hj Yusoff Abd Kadir.
  1. PERMOHONAN RUMAH PERIHATIN - Kerajaan Negeri Selangor akan megeluarkan kos baik pulih bagi mana-mana rumah yang uzur bagi individu yang berkelayakan.
  2. TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS) - Mana-mana anak Selangor yang dilahirkan pada atau selepas Oktober 2008 layak memohon. Bayaran akan di buat ketika anak tersebut berumur 18 tahun sebanyak RM 1,500.00 seorang.
  3. SKIM MESRA USIA MAS (SUM) - Semua warga emas yang berumur 60 tahun ke atas kelahiran Selangor layak memohon. Bayaran akan di buat sebanyak RM 2,500.00 di mana akan di bayar terus semasa kematian oleh pejabat ADUN dan baki sebanyak RM 1,500.00 akan dibayar oleh Pejabat Daerah dalam tempoh 60 hari daripada tarikh report kematian.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Tn Hj Yusoff Abd Kadir selaku Ketua Kampung

Tuesday, January 5, 2010

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MISKIN

Program ini berlangsung pada 05/01/2010 di Sekolah Rendah Agama Rahmaniah. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi.

Atas keperihatinan JKKK Sg Ramal Luar dan kerjasama pihak sekolah Rendah Agama Rahmaniah, seramai 80 orang murid yang telah di kenal pasti telah menerima sumbangan sebuah beg sekolah.

Turut hadir bagi memeriahkan program ini adalah Ketua Kampung selaku pengerusi JKKK Sg Ramal Luar, Tn Hj Yusoff Abd Kadir, YDP PIBG Sekolah Rendah Agama Rahmaniah, Tn Hj Alias bin Awang dan barisan AJK JKKK Sg Ramal Luar.

Bagi pihak JKKK Sg Ramal Luar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh semua pihak yang terlibat.

Untuk melihat gambar sila layari http://jkkksgramal.fotopages.com atau click VIEW GAMBAR AKTIVITI JKKK SG RAMAL.