Monday, May 24, 2010

TIGA PROGRAM SERENTAK BERLANSUNG DI TAMAN SRI KENARI - AHAD 23/05/2010


Pelancaran bas mini berlansung di perhentian bas Taman Sri Kenari yang di rasmikan oleh ADUN Bangi, YB Dr Hj Shafie Abu Bakar. Atas inisiatif dan usaha Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar merangkap Ketua Kampung, maka penduduk di sekitar Sungai Ramal Luar, Taman Ramal, Sungai Ramal Baru dan Taman Sri Kenari tidak lagi perlu bersusah payah untuk menunggu bas di tepi lebuh raya sekiranya ingin ke Bandar Kajang. Rata-rata penduduk yang hadir mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih di atas kemudahan yang di usahakan oleh pihak JKKK Sg Ramal Luar.


Dalam masa yang sama juga pihak JKKK Sg Ramal Luar terlibat dengan program gotong royong yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Sri Kenari. Program tersebut bermula pada pukul 08.30 pagi.
Manakala Sukaneka yang dianjurka oleh Badan Pengurusan Bersama Pansapuri Taman Sri Kenari bemula pada pukul 09.00 pagi. Kedua-dua program ini dirasmikan oleh En Narayanan selaku wakil Majlis Perbandaran Kajang.


Perancangan awal dan susunan gerak kerja yang di ketuai Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Kenari Dr Azman Hamzah untuk program gotong royong dan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Taman Sri Kenari En Fauzi, maka kedua-dua program tersebut berjalan dengan begitu lancar tanpa ada gangguan dan perkara yang tidak diingini.
Tahniah dan syabas daripada pihak JKKK Sg Ramal Luar untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Saturday, May 15, 2010

MAJLIS ANUGERAH KASIH


Majlis anugerah kasih sempena program Hari Ibu dan Derma Darah yang di anjurkan oleh RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN dengan kerjasama JKKK Sg Ramal Luar yang di rasmikan oleh YB Dr Hj Shafie Abu Bakar selaku ADUN Bangi. Turut serta dalam majlis tersebut adalah orang yang tidak asing lagi di seluruh kawasan Hulu Langat, beliau adalah Dato Ujang Bagong.

Barisan JKKK Sg Ramal Luar terasa tersentuh dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Rumah Pengasih, Dr Hj Masjuki Mohd Musuri dimana rumah pengasih tersebut di bina atas sebuah tanah dan rumah seluas suku ekar yang di wakafkan oleh beliau sendiri. Beliau juga turut mewakafkan wang simpanan dan dua buah minimarket.

Rumah Pengasih Warga Perihatin ini di bina hasil kerja tangan secara gotong royong oleh pendokong-pendokongnya sendiri pada setiap hujung minggu dan cuti umum. Pembinaan dan dana pengurusan adalah menggunakan dana yang sangat terhad yang dikumpul hasil sumbangan bulanan oleh kira-kira 12 dari 20 keluarga yang berkemampuan, manakala selebihnya seramai 8 orang menyumbang tenaga..

Selain menyediakan tempat perlindungan dan pendidikan untuk anak yatim, warga emas, OKU, dan fakir miskin, rumah pengasih ini juga melaksanakan usaha pemulihan akhlak dan penagihan dadah untuk golongan anak-anak yang bermasalah.

Kami selaku barisan JKKK Sg Ramal Luar sangat terharu dan cukup kagum dengan pengorbanan dan keikhlasan pendokong-pendokonya dalam mempastikan Rumah Pengasih Warga Perihatin ini berfungsi dan mencapai matlamat untuk megembalikan segala yang rosak kepada fitrahnya

Saturday, May 8, 2010

PERKHIDMATAN BAS MINI

Perkhidmatan bas mini ke bandar Kajang akan di lancarkan tidak lama lagi. Atas usaha Pengerusi JKKK Sg Ramal Luar, Tn Hj Mohd Yusoff bin Hj Abd Kadir syarikat bas mini berkenaan telah pun bersetuju untuk masuk ke kawasan Sg Ramal Luar. Laluan yang di persetujui meliputi kawasan Sg Ramal Luar, Taman Ramal, Sg Ramal Baru dan Taman Sri Kenari. Nantikan hari perasmian nya tidak lama lagi...............