Saturday, November 27, 2010

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI


JKKK Sg Ramal Luar atas inisiatif Biro Sosial dengan kerjasama Masjid Hj Mat Saman telah berjaya mengadakan majlis khatan beramai-ramai pada 20/11/2010 hari Sabtu di Masjid Hj Mat Saman. Seramai 26 orang kanak-kanak yang berdaftar dan telah dikhatankan pada hari tersebut. Pihak JKKK telah mendapatkan khidmat daripada pegawai perubatan Hospital Pakar Islam Kampung Baru...
Majlis tersebut bermula pada malam Sabtu selepas Isyak dengan mengadakan doa selamat untuk anak-anak yang bakal dikhatankan. Manakala pada pagi Sabtu majlis dimulakan dengan perarakan oleh anak-anak dan ibu bapa peserta bermula dari pintu pagar masjid diiringi selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w
Para peserta dikumpulkan di satu tempat dan di mandikan dengan pancutan air. ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar menghadiri bagi sama-sama menjayakan majlis tersebut dan memberikan sedikit sumbangan kepada semua perserta. Majlis tersebut telah tamat lebih kurang jam 12.20 tengahari. Syabas diucapkan kepada biro sosial JKKK Sg Ramal Luar kerana berjaya mengadakan program tersebut.

KURSUS KOMPUTER

JKK Sg Ramal Luar menganjurkan kusrsus ICT pada 13/10/2010. Kursus tersebut diadakan di X-Game Net Siber Cafe di Taman Sri Kenari. Pihak JKKK Sg Ramal Luar mendapatkan khidmat tenaga pengajar daripada AJK JKKK yang berpengetahuan dalam bidang IT. Rata-rata yang menghadiri kursus tersebut dikalangan penduduk yang tidak mempunyai pengetahuan asas komputer.