Monday, December 24, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA JKKK SUNGAI RAMAL LUAR BERSAMA WARGA EMAS


Pada tahun ini, JKKK Sg Ramal luar memilih Masjid Sg Ramal Luar sebagai tempat bagi menjayakan Majlis Ramah Mesra bersama warga emas. Program ini diadakan pada 24/12/2012 hari Isnin selepas Solat Isyak. Hadir bagi menjayakan majlis ini adalah ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Nazir Masjid Sg Ramal Luar, Tn Hj Nik Pa Nik Leh dan Imam, Tn Hj Yaakob. Rata-rata warga emas yang diraikan merasa gembira dan amat menghargai dengan majlis yang diadakan oleh pihak JKKK Sg Ramal Luar. Pihak JKKK Sg Ramal Luar juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak masjid bagi mempastikan majlis ini berjalan lancar dengan jayanya.

Untuk melihat gambar semasa aktiviti berlansung sila klik disini

Sunday, December 2, 2012

PROGRAM KARNIVAL WANITA SIHAT SUAMI TERPIKAT



Program ini daripada Kerajaan Negeri Selangor yang di kenali sebagai Program JELAS (Jelajah Selangor). Rumah Pangsa Taman Sri Kenari terpilih untuk mengadakan program ini. Dengan kerjasama penduduk setempat, maka pihak Masjid Sungai Ramal Luar dan Ahli Majlis MPKj disokong oleh pihak JKKK Sg Ramal Luar mengadakan program ini pada 02/12/2012. Program ini dirasmikan oleh YB ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar. Penduduk setempat juga mengambil kesempatan membawa YB Dr Shafie Abu Bakar dan Ahli Majlis Tn Hj Yusoff Bachik melawat kawasan sekitar yang menghadapi masaalah, seperti longkang pecah, lif rosak dll.

Untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung sila klik di sini