Sunday, October 14, 2012

TEH TARIK BERSAMA SG RAMAL BIKERS


Atas usaha Pemuda Masjid & JKKK Sungai Ramal Luar bersama Pemuda DUN Bangi dan ARC (Alternatif Riding Club) telah berjaya mengadakan program yang dipanggil Teh Tarik Bersama Sungai Ramal Bikers yang berlangsung pada 13/10/2012 Sabtu bermula jam 04.00pm hingga 06.00pm. Majlis tersebut dirasmi oleh ADUN Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah MP Serdang YB Teo Nie Ching dan Ahli Majlis Ust Shafie Ngah.
Antara program yang berlangsung pada hari tersebut adalah Service dan tukar minyak pelincir percuma, Demonstrasi "Safety Riding" dan konvoi amal ARC bersama YB ziarah kebajikan kepada 10 buah rumah yang dikenal pasti layak menerima bantuan. Sambutan yang ditunjukkan oleh pemuda tempatan amat membanggakan di mana keselurahan minyak pelincir yang disediakan sebanyak 100 botol habis di gunakan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Untuk melihat gambar semasa program tersebut berlansung sila klik http://www.facebook.com/media/set/?set=a.339675392794308.77400.328242540604260&type=1